Thursday 14 February 2013

Berita Harian- Nelayan Santubong Terima Bantuan

13/2/2013 Rabu

Petrajaya: Kira-kira 60 peratus daripada 1,126 nelayan di Santubong mendapat durian runtuh apabila mendapat bantuan kerajaan hampir RM1,000 seorang.

     Selain menerima Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) RM200 sebulan, mereka juga layak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 bagi setiap anak bersekolah.

Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata sejumlah RM2.7 juta diperuntukkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak tahun ini bagi pemberian bantuan sara hidup membabitkan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) iaitu Sematan/Lundu, Satang Biru, Sri Muara dan Buntal.

"Kerajaan juga sediakan peruntukan baik pulih rumah, insentif dan elaun latihan membabitkan projek rumah inap desa dan khidmat bantuan pembukaan kedai runcit" kata Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen Santubong.

Pendaftaran bagi penerimaan batuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN)

Persembahan Nasyid

Kerjasama diantara LKIM dan PNK

Ketibaan Datuk Wan Junaidi  Tuanku Jaafar 

Majlis Penyerahan ESHN kepada nelayan di DUN Lama

Datuk Wan Junaidi menyerahkan bantuan kepada para nelayan

Datuk Wan Junaidi berucap

Para nelayan menayangkan bantuan yang diterima

Penyerahan cenderahati kepada Datuk Wan Junaidi

Sumber oleh- Berita Harian