Sunday 20 January 2013

Pengenalan Ringkas Persatuan Nelayan Kawasan Sri Muara


PERSATUAN NELAYAN KAWASAN SRI MUARA

SEJARAH PERTUBUHAN
pada tahun 1990 Yang Berhormat menteri Pertanian Malaysia ketika itu, datuk Seri Sanusi Junid telah melawat Kampung Muara Tebas. dalam ucapan semasa lawatan tersebut. Beliau mengisytiharkan Kampung Muara Tebas sebagai Kampung Nelayan Contoh di Sarawak.

Bermula dengan pengisytiharan tersebut, Pihak Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) cawangan Sarawak mengambil langkah menyempurnakannya dengan menubuhkan persatuan Nelayan (PN) kerana sebahagian besar daripada kampung memenuhi syarat-syarat penubuhan.

Wakil rakyat, Yang berhormat Dr.Abang Haji Abdul Rauf Abg Haji Zen, Adun N4 sejingkat (demak laut) dan Yang Berhormat Puan Hajah Rohani Abdul Karim, Ahli parlimen P.167-Santubong, setiausaha parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, menyokong penuh penubuhan yang dicadangkan. Kedua-dua mereka menunujukkan komitmen yang tinggi ke arah penubuhan yang diusahakan.

Bermula dengan majlis Penerangan dan perjumpaan dengan wakil nelayan dari Kampung Muara Tebas dan kedua-dua Wakil Rakyat, pada 16 oktober 1991, mesyuarat demi mesyuarat diadakan seperti yang disyaratkan oleh peraturan penubuhan PN. sehinggalah pada 12 disember 1991, mesyuarat agung penubuhan diadakan yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr, Abg Hj Abdul Rauf. dalam majlis perasmian itu Yang Berhormat meminta supaya semua kampung dalam kawasan pilihanraya beliau dimasukkan dalam kawasan kegiatan, kecuali Kampung Bako yang terlebih awal menyertai Persatuan Nelayan kawasan (PNK) Buntal. Ahli pengasas yang hadir dalam mesyuarat tersebut seramai 109 orang.

Permohonan pendaftaran PN yang diberi nama PNK Sri Muara dikemukakan kepada pendaftar PN Malaysia. LKIM Kuala Lumpur pada 23 disember 1991. kelulusannya pada 4 september 1992 dengan no pendaftaran :64

Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) pertama diadakan pada 4 november 1992. dalam mesyuarat ini diadakan Pemilihan Ahli Lembaga pengarah (ALP) bagi penggal 1992-1994. Ahli-ahli dalam mesyuarat ini juga sebulat suara melantik Yang Berhormat Dr. Abg Hj Abdul Rauf sebagai Penaung PNK Sri Muara.


OBJEKTIF

  • meningkatkan keuntungan PN dan mengekalkan tahap A1 iaitu kategori maju.
  • Mengubah sikap Nelayan ke arah lebih positif dan berbudaya koperat terutama kepada pemimpin-pemimpin nelayan.
  • Mewujudkan usahawan dikalangan ahli-ahli PN.
  • Meningkatkan penyertaan nelayan tempatan menjadi ahli PNK Sri Muara.
  • Berusaha untuk memberi pulangan kepada ahli dalam bentuk dividen, bonus dan rebet.
MISI
Menjadikan PNK Sri Muara sebagai sebuah PERSATUAN NELAYAN yang berdaya saing, maju,mempunyai kewangan yang kukuh iaitu keuntungan bersih sebanyak RM500,000.00 setahun serta mampu berdikari dalam meningkatkan sosio ekonomi masyarakat nelayan amnya dan ahli-ahli khasnya.

MATLAMAT
  • Meningkatkan sosio ekonomi masyarakat nelayan.
  • Menambah hasil pendapatan nelayan melalui peningkatan pengetahuan kemahiran dan daya usaha serta mewujudkan satu masyarakat nelayan yang gigih dan progresif dan berdikari.
PIAGAM PELANGGAN
  • Komitmen kami ialah bersedia memberi perkhidmatan yang cekap, bermutu, tepat dan mesra.
  • Memproses permohonan dalam tempoh 30 hari (selepas kelulusan mesyuarat ALP)
  • Membantu bekalan input yang disediakan berkualiti dengan harga yang berpatutan.
  • membantu memperkenalkan dan memasarkan hasil keluaran ahli.
  • Berusaha memastikan ahli mendapat kemudahan yang diperlukan.
  • menjelaskan pembayaran kepada pembekal barangan dan oerkhidmatan dalam tempoh 7 hari bekerja setelah lengkap semua dokumen sokongan.
  • Menguruskan pembelian peralatan penangkapan ikan bagi peminjam Dana Nelayan dalam tempoh 30 hari.
  • Menghantar laporan kewangan PN kepada LKIM ibu pejabat setiap Bulan.
  • Berusaha membantu ahli mengubah sosio-ekonomi dari masa ke semasa sejajar dengan slogan "Ke Arah Memartabatkan Nelayan".