Tuesday 22 January 2013

Program Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN)

Program Elaun Sara Hidup Nelayan(ESHN)

Program Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) berjalan pada 16/1/2013 yang disempurnakan oleh Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen P. 193 Bahagian Santubong yang dilansungkan di Dewan Malaysia Productivity Corporation(MPC). Program dilaksanakan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Sri Muara dimana menyalurkan sumbang sebanyak RM200 kepada setiap nelayan. Sebanyak 209 nelayan terlibat dalam penyampaian sumbangan ini.

























Antara Aktiviti Yang Disertai PNKSM


HARI KOPERASI  2012 KUCHING
Tempat : stadium perpaduan
Tarikh : 2-4 november 2012

Aktiviti : Jualan dan promosi produk persatuan nelayan.





MINI MAHA 2012
Tempat : Sukma Ria Kuching
Tarikh : 16-18 november 2012

Aktiviti : jualan dan promosi produk persatuan Nelayan Kawasan Sri Muara.




MAHA 2012
Tempat : Serdang Selangor
Tarikh : 22 november 2012 hingga 03 disember 2012
Aktiviti : Jualan dan promosi produk-produk seluruh PNK dan Usahawan di seluruh Sarawak.









 

Informasi Persatuan


INFORMASI PERSATUAN

1) PENDAFTARAN ELAUN SARA HIDUP DAN INSENTIF
TANGKAPAN IKAN 0.10 SER PER KG
Dokumen-dokumen yang perlu disediakan adalah seperti berikut:-
       A)      Pemilik tekong
1.      Salinan kad pengenalan
2.      Salinan lessen vessel
3.      Salinan kad e-nelayan
4.      Salinan kad nelayan
5.      Salinan buku akaun Bank (Maybank/Agrobank/CIMB)
6.      Gambar berukuran passport
7.      Borang (boleh diperolehi di pejabat PNK Sri Muara) –RM8 (ahli), RM10 (bukan ahli)

         B)    Awak-awak
1.      Salinan kad pengenalan
2.      Salinan lessen Vesel Pemilik
3.      Salinan kad nelayan
4.      Salinan buku akaun Bank (Maybank/Agrobank/CIMB)
5.      Gambar berukuran passport
6.      Borang (boleh diperolehi di pejabat PNK Sri Muara) –RM8 (ahli), RM10 (bukan ahli)



2) TABUNG BANTUAN PELAJARAN ANAK NELAYAN

Semua anak ahli yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (IPTA & IPTS) boleh memohon       bantuan pelajaran dari YANEM dan PNK Sri Muara.
Syarat-syarat dan dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk memohon bantuan pelajaran dari:-

       a)      YANEM
·         Ibu atau bapa pemohon berada dalam kategori ahli 11(1)
·         Pemohon melanjutkan pelajaran di IPTA sahaja.
·         Dokumen-dokumen yang diperlukan; salinan surat tawaran, salinan Kad pengenalan Ibu/bapa Pemohon (ahli persatuan Nelayan) dan salinan Kad pengenalan pemohon.

       b)      PNK Sri Muara
·         Semua anak ahli yang melanjutkan pelajaran di mana-mana IPTA & IPTS adalah layak memohon.
·         Dokumen-dokumen yang diperlukan; salinan surat tawaran, salinan kad pengenalan ibu/bapa pemohon (ahli persatuan Nelayan ) dan salinan kad pengenalan pemohon.
  **Borang permohonan bantuan pelajaran boleh diperolehi di pejabat Persatuan 
  Nelayan Kawasan Sri Muara