Thursday 7 February 2013

Mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) bagi Parlimen P.193 Santubong Bil. 4/2012


PENGERUSI MPPP, PARLIMEN P.193 SANTUBONG BERPUAS HATI DENGAN PELAKSANAAN PROGRAM KHAS PERUMAHAN NELAYAN

Isnin, Pengerusi MPPP, Parlimen P.193 Santubong, YB Datuk Dr. Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar amat berpuas hati dengan prestasi pelaksanaan Program Khas Perumahan Nelayan bagi empat buah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di bawah Parlimen beliau iaitu PNK Sri Muara, PNK Satang Biru, PNK Buntal dan PNK Sematan/Lundu. Beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) bagi Parlimen P.193 Santubong Bil. 4/2012 di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Sri Muara di Demak Laut Commercial Centre, khusus untuk program tersebut.

Selain Pengerusi dan Pengurus Besar PNK yang terlibat, turut hadir adalah Setiausaha MPPP P.193 Santubong, Encik Hadini bin Ayub, Pegawai LKIM Wilayah 1, Encik Mohd Rizal bin Sahari, wakil Jabatan Perikanan Santubong, Encik Sharip bin Untong  dan Encik Rosli bin Ason selaku urusetia LKIM Sarawak.

Gambar bersama 
YB Datuk Dr. Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar