Sunday 3 February 2013

Berita Harian - Medan Niaga Satok Beri Keuntungan

Isnin 28.1.2013  

Pembinaan Medan Niaga Satok disini nyata membawa pendapatan besar kepada Persatuan Nelayan Kawasan Sri Muara (PNKSM) apabila meraih keuntungan sebanyak RM6,000, dalam tempoh 15 hari yang menjadikan keropok lekor sebagai produk jualan utama. Gerai baru yang baru dibuka turut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
merasmikan 'fishpro gallery"

"Inilah uniknya gerai jualan ini kerana menyajikan aneka produk keluaran usahawan nelayan dari seluruh negara. Inilah hasrat LKIM yang mahu membuat lonjakan pendapatan nelayan dan tidak mahu kebergantungan sepenuhnya kepada kegiatan penangkapan ikan semata-mata." Kartini Bujang, Pengurus Besar PNK Sri Muara.