13/2/2013 Rabu
Petrajaya: Kira-kira 60 peratus daripada 1,126 nelayan di Santubong mendapat durian runtuh apabila mendapat bantuan kerajaan hampir RM1,000 seorang.
Selain menerima Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) RM200 sebulan, mereka juga layak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 bagi setiap anak bersekolah.
Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata sejumlah RM2.7 juta diperuntukkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak tahun ini bagi pemberian bantuan sara hidup membabitkan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) iaitu Sematan/Lundu, Satang Biru, Sri Muara dan Buntal.
"Kerajaan juga sediakan peruntukan baik pulih rumah, insentif dan elaun latihan membabitkan projek rumah inap desa dan khidmat bantuan pembukaan kedai runcit" kata Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen Santubong.
|
Pendaftaran bagi penerimaan batuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) |
|
Persembahan Nasyid |
|
Kerjasama diantara LKIM dan PNK |
|
Ketibaan Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar |
|
Majlis Penyerahan ESHN kepada nelayan di DUN Lama |
|
Datuk Wan Junaidi menyerahkan bantuan kepada para nelayan |
|
Datuk Wan Junaidi berucap |
|
Para nelayan menayangkan bantuan yang diterima |
|
Penyerahan cenderahati kepada Datuk Wan Junaidi |
Sumber oleh- Berita Harian
No comments:
Post a Comment