Monday 21 January 2013

Projek-Projek PNKSM

1. Projek Pembekalan Diesel Bersubsidi/Projek Perniagaan Minyak(PPM)

    2 pusat jualan:   - Kampung Muara Tebas
                               Seksyen 66, Pending Industrial Estate

    Bermula pada tahun 1994 secara kecil-kecilan. Jumlah pembeli yang berdaftar dan merupakan 
    pemegang kad e-nelayan adalah seramai 428 orang berbanding 18 orang sahaja pembeli 
    pada tahun 2003.


Gambar 1.
Projek Perniagaan Minyak (PPM)

Gambar 2.
Skid Tank
Gambar 3.
Skid tank







2. Projek Pemasaran Ikan (PPI)

Dimulakan pada Ogos 1995 di Kpg Muara Tebas. Tahun 2007 dibuka di Kpg Goebilt, 2008 di Kpg Muhibbah dan 2009 di Kampung Sejingkat, seterusnya di Kampung Pinggan Jaya dan Kampung Tabuan.

     2 Kaedah Kendali Urusniaga.

     i)  Dikendalikan 100% oleh pekerja PN (Kpg M.Tebas)
     ii) Dikendalikan secara perkongsian keuntungan antara  PN dan ahli 

PN akan menyediakan modal permulaan.(RM1000 – 2000). Kemudian, Ahli akan mengendalikan urusniaga belian dan jualan secara tunai tanpa sebarang upah/elaun. Keuntungan bersih akan dibahagi 2 antara PN dan ahli.







3. Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan LKIM (PPHP)

Terletak di ruangniaga Kompleks LKIM Bintawa. Operasi sepenuhnya pada tahun 2004.

Produk yang dikeluarkan adalah keropok lekor, otoshimi, keropok keping dan keropok segera. Mempunyai analisis nutrien. PNK juga dilantik sebagai Usahawan Pemasar bagi produk-produk PNK-PNK lain dan juga usahawan individu.

Seringkali menyertai ekspo, jerayawara, promosi dan jualan produk IKS bagi mewakili LKIM Sarawak.
Mendapat persijilan HALAL dari Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) pada 28 Mac 2012 dan SK1M pada 7 September 2012.
                
PNK juga telah membeli sebuah bangunan kilang proses yang berharga RM427,500.00 di Demak Laut Industrial Estate dan dijangka beroperasi pada bulan April 2012.








4. Agen Kutipan Caj Ikan Import


  • Agen Kutipan Caj Ikan di Pusat Pemeriksaan Ikan (PPI) LKIM Pelabuhan Senari pada 1 November 2004.
  • Dilantik untuk menjadi Agen Kutipan bagi keseluruhan PPI LKIM di seluruh Sarawak pada 1 Mei 2011.
  • Pendapatan juga disumbangkan kepada PNK-PNK di seluruh Sarawak.
  • Pada masa ini, terdapat 8 buah PPI yang telah menggunakan sistem W-ICCS.


5. Pasar Nelayan Kampung Muara Tebas

  • Pasar Nelayan mula dilaksanakan pada 19 Januari 2008.
  • 9 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Nelayan.


Ikan Basah
7 Orang
Produk Proses/Kering
1 Orang
Keropok Lekor
1 Orang



No comments:

Post a Comment