Friday 29 March 2013

Mesyuarat Agung Tahunan PNK Sri Muara Kali Ke 22 pada 28 Mac 2013

 Pendaftaran
 Ketibaan Perasmi MAT, TKPP LKIM
 Majlis Perasmian
 Ucapan Perasmian
 Zakat Perniagaan ke Tabung Baitulmal Sarawak
 Hadiah kepada nelayan cemerlang
 MAT sedang berjalan
 Tabung sumbangan untuk nelayan-nelayan yang terjejas pendapatan akibat peristiwa pencerobohan pengganas di Lahad Datu
Penerima hadiah utama cabutan bertuah sempena MAT ke 22

Thursday 14 February 2013

Berita Harian- Nelayan Santubong Terima Bantuan

13/2/2013 Rabu

Petrajaya: Kira-kira 60 peratus daripada 1,126 nelayan di Santubong mendapat durian runtuh apabila mendapat bantuan kerajaan hampir RM1,000 seorang.

     Selain menerima Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) RM200 sebulan, mereka juga layak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 bagi setiap anak bersekolah.

Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata sejumlah RM2.7 juta diperuntukkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak tahun ini bagi pemberian bantuan sara hidup membabitkan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) iaitu Sematan/Lundu, Satang Biru, Sri Muara dan Buntal.

"Kerajaan juga sediakan peruntukan baik pulih rumah, insentif dan elaun latihan membabitkan projek rumah inap desa dan khidmat bantuan pembukaan kedai runcit" kata Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen Santubong.

Pendaftaran bagi penerimaan batuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN)

Persembahan Nasyid

Kerjasama diantara LKIM dan PNK

Ketibaan Datuk Wan Junaidi  Tuanku Jaafar 

Majlis Penyerahan ESHN kepada nelayan di DUN Lama

Datuk Wan Junaidi menyerahkan bantuan kepada para nelayan

Datuk Wan Junaidi berucap

Para nelayan menayangkan bantuan yang diterima

Penyerahan cenderahati kepada Datuk Wan Junaidi

Sumber oleh- Berita Harian

Monday 11 February 2013

Produk-produk keluaran PNK-PNK di Sarawak

Kakitangan bertugas di booth pameran sempena Simposium Laut Dalam Zon Sarawak Sabah

                                            Produk-produk keluaran PNK-PNK di Sarawak

Saturday 9 February 2013

Lawatan Ketua Unit Akaun MOA dan rombongan ke PPHP Demak Laut

Bergambar beramai-ramai di hadapan bangunan PPHP PNK Sri Muara Demak Laut
Cenderahati sebagai kenang-kenangan

Anugerah Persatuan Nelayan Jaya 2012

Pengerusi PNK Sri Muara, Encik Jam bin Hajimi bergambar bersama Pengurus PNK Sri Muara, Puan Kartini Bujang dan ALP-ALP, Encik Juble bin Gobil & Encik Rajali bin Suleiman.
Pengerusi PNK Sri Muara, Encik Jam bin Hajimi sedang menerima hadiah berupa plag dan replika cek untuk kategori Persatuan Nelayan Jaya sempena MAHA 2012 daripada Yang Berhormat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar

Thursday 7 February 2013

Mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) bagi Parlimen P.193 Santubong Bil. 4/2012


PENGERUSI MPPP, PARLIMEN P.193 SANTUBONG BERPUAS HATI DENGAN PELAKSANAAN PROGRAM KHAS PERUMAHAN NELAYAN

Isnin, Pengerusi MPPP, Parlimen P.193 Santubong, YB Datuk Dr. Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar amat berpuas hati dengan prestasi pelaksanaan Program Khas Perumahan Nelayan bagi empat buah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) di bawah Parlimen beliau iaitu PNK Sri Muara, PNK Satang Biru, PNK Buntal dan PNK Sematan/Lundu. Beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) bagi Parlimen P.193 Santubong Bil. 4/2012 di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan Sri Muara di Demak Laut Commercial Centre, khusus untuk program tersebut.

Selain Pengerusi dan Pengurus Besar PNK yang terlibat, turut hadir adalah Setiausaha MPPP P.193 Santubong, Encik Hadini bin Ayub, Pegawai LKIM Wilayah 1, Encik Mohd Rizal bin Sahari, wakil Jabatan Perikanan Santubong, Encik Sharip bin Untong  dan Encik Rosli bin Ason selaku urusetia LKIM Sarawak.

Gambar bersama 
YB Datuk Dr. Hj. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Sunday 3 February 2013

Berita Harian - Medan Niaga Satok Beri Keuntungan

Isnin 28.1.2013  

Pembinaan Medan Niaga Satok disini nyata membawa pendapatan besar kepada Persatuan Nelayan Kawasan Sri Muara (PNKSM) apabila meraih keuntungan sebanyak RM6,000, dalam tempoh 15 hari yang menjadikan keropok lekor sebagai produk jualan utama. Gerai baru yang baru dibuka turut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
merasmikan 'fishpro gallery"

"Inilah uniknya gerai jualan ini kerana menyajikan aneka produk keluaran usahawan nelayan dari seluruh negara. Inilah hasrat LKIM yang mahu membuat lonjakan pendapatan nelayan dan tidak mahu kebergantungan sepenuhnya kepada kegiatan penangkapan ikan semata-mata." Kartini Bujang, Pengurus Besar PNK Sri Muara. 








Tuesday 22 January 2013

Program Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN)

Program Elaun Sara Hidup Nelayan(ESHN)

Program Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) berjalan pada 16/1/2013 yang disempurnakan oleh Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ahli Parlimen P. 193 Bahagian Santubong yang dilansungkan di Dewan Malaysia Productivity Corporation(MPC). Program dilaksanakan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Sri Muara dimana menyalurkan sumbang sebanyak RM200 kepada setiap nelayan. Sebanyak 209 nelayan terlibat dalam penyampaian sumbangan ini.

























Antara Aktiviti Yang Disertai PNKSM


HARI KOPERASI  2012 KUCHING
Tempat : stadium perpaduan
Tarikh : 2-4 november 2012

Aktiviti : Jualan dan promosi produk persatuan nelayan.





MINI MAHA 2012
Tempat : Sukma Ria Kuching
Tarikh : 16-18 november 2012

Aktiviti : jualan dan promosi produk persatuan Nelayan Kawasan Sri Muara.




MAHA 2012
Tempat : Serdang Selangor
Tarikh : 22 november 2012 hingga 03 disember 2012
Aktiviti : Jualan dan promosi produk-produk seluruh PNK dan Usahawan di seluruh Sarawak.